Sime Darby Harmoni 1 @ Elmina West RSKU

Hi Assalamualaikum
Disini aku nak share pasal rumah yang aku apply tempoh hari iaitu  Rumah Selangorku under Sime Darby Property Apartment Harmoni 1 @ Elmina west.
Mula-mula aku dah perasan dah sales gallery dia belakang rumah aku je. Aku tak jangka la harga dia pun murah dari project2 lain Sime Darby. Tapi aku tak tahu pun dia ada dalam listing Projek dibawah rumah selangorku.
Masa tu aku baru tahu yang aku ni pregnant so tak terfikir pun nak beli rumah lagi mengenangkan rumah dekat Selangor dengan KL ni tak ada yang murah. Tapi entah macam mana aku buka website Rumah Selangorku ni konon-konon saja nak tengok. Aku pun tengok la projek yang berdekatan dengan rumah aku yang sekarang ni iaitu di Subang Bestari. Yang ada masa tu projek Apartment Nadayu dengan Apartment Embayu. Untuk Nadayu harga rumah dalam RM 280k & Embayu pula dalam RM 232k. So aku decide ambil Embayu 1002 sqft. Aku try tunjuk dekat husband aku layout & design rumah tu tapi husband aku tak berkenan. So aku check balik dalam website ni ada projek di Elmina iaitu apartment yang aku beli sekarang. So apa lagi aku tunjuk dekat husband aku & dia pun setuju. Aku nak call LPHS untuk tukar projek tapi kawan office cakap boleh tukar dekat website je cuma log in balik account kita. So aku pun tukar lah projek Harmoni 1 ni. Masa tu mac 2019, aku tak berharap sangat sebab takut hampa je. So lepas 1 bulan aku check dalam website dari Berjaya didaftarkan ditukar kepada Senarai Menunggu. Aku pun terus menunggu sampai bulan July 2019. Dan aku check balik status tu bertukar Ditawarkan runah. Melompat la aku call LPHS. Tapi macam biasa call diorang, diorang suruh tunggu surat tawaran. Dan aku try call pihak Sime Darby. Pihak Sime Darby pun cakap tunggu panggilan dari side diorang & dia ada bagi tahu pasal open day untuk August nanti. So aku pun tunggu Open day tu kot diorang ada call aku. Pada 16 August 2019 pukul 12.40 pm aku dapat mesej dari Puan Noorul pihak Sime Darby mengatakan aku berjaya tersenarai untuk permohonan Rumah selangorku Harmoni 1. Oh lupa nak bagitahu harga. Harga rumah tu Sime Darby Propose RM 270k tapi Pihak LPHS adjust balik jadi RM240k dan rumah tu 1000sqft  (macam tu la cerita dari sorang brother ni) so aku di kehendaki datang ke Sales Gallery di Elmina (belakang rumah je hehe) pada 24 August 2019 pukul 9 pagi untuk serahan dokumen. Dokumen yg aku perlu bawa macam dibawah ni (mesej dari Puan Noorul)

 Hi Cik Norul

Salam Sejahtera daripada Sime Darby Property,

*Tahniah!* Anda tersenarai sebagai pemohon yang diberi pertimbangan untuk ditawarkan rumah selangorku berdasarkan perakuan Jawatankuasa  Pemilihan Senarai Nama Pemohon Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.

Sila sediakan dokumen berikut untuk penyerahan;

1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Pasangan)
2. Penyata Gaji 3 Bulan Terkini (Pemohon & Pasangan)
3. Surat Akuan Bujang / Salinan Sijil Kahwin
4. Penyata KWSP Terkini + Sejarah Pengeluaran ( Pemohon & Pasangan)
5. CCRIS/CTOS yang Terkini (CCRIS boleh cetak pada hari penyerahan dokumen - RM10 untuk satu laporan CCRIS) (Pemohon & Pasangan)
6. Salinan SPA & Salinan Loan Agreement ( Memiliki Rumah Dahulu Jual/Tidak Jual Perlu Lampir- Luar Kawasan Selangor atau dlm Selangor)

Tarikh : 24th August 2019
Masa : 9pagi - 2petang
Lokasi : Harmoni 1 RSKU @ City of Elmina (waze) - Show Unit.

Terima Kasih.

Yang Benar,
Noorul Halimin
Sales Executive Sime Darby Property.

Pada 24 August 2019 pukul 8.40 pagi macam tu aku dah sampai & ramai mula beratur untuk serahan dokumen. Mula-mula sekali aku ke kaunter Sime Darby untuk check nama aku ada dalam list diorang atau tak. Selepas selesai tu aku ke Kaunter Bahagian Ccris / Ctos untuk print out record ccris aku (yang ni kena charge RM 20.00 untuk 2 record iaitu aku & husband aku punya). Alhamdulillah credit score aku cemerlang. Seterusnya aku ke kaunter semakan kelayakan dengan bank. First skali Cimb yang attend aku nama dia encik Ibrahim dia tolong kira kan loan & kelayakan aku. Katanya aku layak 90% untuk loan aku & 10% keluar kwsp. Ok aku pun ke bahagian BSN yang attend aku masa tu 2 orang tak ingat nama apa dan dia kirakan jugak boleh buat pinjaman 90%. Lepas tu dah dapat cop dari pihak bamk aku pun submit semua dokumen pada sales person Sime Darby. Puan Noorul tu bagitahu dalam masa 3 bulan pihak Sime Darby akan contact aku kalau dah dapat kelulusan seterusnya untuk beli rumah. Aku fikir mintak-mintak lah before due date aku dia contact balik.

Tak sampai 3 bulan aku tunggu, 12 september 2019 pukul 5.42 petang time ni aku baru balik dari check up kat Fpp Selayang & teman husband aku potong rambut tiba-tiba dapat whatsapp dar sales person Sime Darby yang permohonan aku untuk beli rumah tu berjaya. Aku dikehendaki datang untuk cabut undi no unit rumah pada 22 September 2019 iaitu hari ahad pukul 8.45 pagi. Ya Allah terkejut aku, mungkin rezeki baby Alhamdulillah. So time cabut undi pun kena bawa dokumen juga dan deposit RM 1000.00 dalam bentuk cek atau bank draft. Dokumen yang perlu dibawa seperti di bawah

1) Photocopy IC 4 keping (husband/wife)
2) Pay slip 6 bulan
3) Penyata gaji 6 bulan
4) Penyata kwsp terkini
5) Borang EA terkini
6) Surat pengesahan jawatan dari syarikat kita bekerja

Pada 12 September 2019 pukul 8.40 pagi aku dah sampai dekat sales gallery & time tu dah ramai beratur dengar taklimat dari pihak Sime Darby tentang apa yang perlu dibuat pada hari tersebut. So mula-mula sekali kena beratur untuk daftar dan ambil nombor giliran untuk cabut undi. So masa tu aku punya no giliran 041. Selepas daftar tu aku kena masukkan no giliran aku dalam satu balang kaca utuk cabut undi sekejap lagi. Lepas tu aku terus ke kaunter panel-panel bank. Banyak jugak panel bank yang datang contohnya CIMB, Maybank, BSN, Hong Leong, Bank Rakyat, Bank Islam dan ada lagi yang lain. Mula mula sekali aku ke panel BSN untuk dapat kan cop bank macam masa mula-mula aku pergi dulu. Seperti biasa orang yang attend aku tu nama nya encik Zahid dia kira kan aku joint loan dengan husband dengan interest rate 4.5% so pinjaman aku lulus 90% sahaja. Seterusnya aku ke panel Maybank berjumpa dengan Cik Dalila. Maybank offer joint loan sama jugak interest tapi boleh pegi 100% loan. Kalau nak nama aku sorang boleh tapi aku tak ingat program apa dari Maybank & interest 3.5% untuk nama aku sorang. Lepas tu aku ke panel CIMB berjumpa dengan Mr CK, Ck ni kirakan loan aku & offer aku interest rate paling rendah iaitu 2.9% dan yang bestnya fixed rate tapi kalau joint loan interest jadi 4.5%. Dia cadangkan aku untuk ambil offer 2.9% tu menggunakan nama aku sorang. Masa tu aku fikir lepas ke gaji aku ni sebab aku dah ada loan dengan bank islam. PTPTN & MARA nasib aku dah settle kan dulu. So aku pun submit je dengan semua panel bank yang aku jumpa. Last sekali baru aku berjumpa dengan panel bank rakyat. Aku tak ingat nama kakak yang aku jumpa tu sebab interest bank rakyat mak oi gayat sangat. Hahaha interest dia 5.15% terapung. Dengar je interest tu aku dah agak dah monthly dalam 1300++ jugak tu. So tak jadi submit dekat bank rakyat.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu sales person chinese tu buat announcement untuk start cabut undi. Masa tu aku dekat dalam show room tengah breakfast (catering chef Haji) not bad juga makanan hehe tapi dalam pada masa yang sama nervous jugak nak cabut undi no rumah ni. Aku berdoa je aku tak dapat tingkat last sebab takut tinggi sangat. Setiap kali solat aku berdoa dapat tingkat 1 atau 2. Elok je lepas makan no aku dipanggil masa tu berdebar-debar jantung. Aku tengok dalam balang kaca tu aku baca bismillah. Sekali cabut dapat Block B & tingkat 12. Fuhhh lega tak sampai tingkat last. Maybe doa aku salah kot. Yelah berdoa tingkat 1 atau 2 sekali 12 dia bagi. Heheh gurau gurau. Tapi lega la dapat tengah-tengah. Lepas je cabut undi aku ambil form & surat tawaran dari LPHS & Sime Darby dengan puan Noorul. Masa tu kena submit IC & bank draft & tandatangan semua dokumen termasuk TNB punya dokumen sekali. Lepas tu dapat satu salinan untuk panel-panel bank yang kita dah buat pembayaran deposit dengan Sime Darby di panggil Developer Booking form. Form tu kena submit dekat bank. So lepas je settle semua aku pergi balik dekat panel-panel bank untuk submit developer booking form. Lepas tu settle semua agenda hari tersebut. Dah settle semua aku masuk balik ke show room untuk tanya sikit pasal rumah tu. Pasal toilet dapur bilik tempat aircond dan semua lah. Lupa pulak nak tulis, pihak bank bagi tahu untuk kelulusan loan tu ambil masa 3 hari ke 7 hari waktu bekerja.

Selepas beberapa hari berlalu iaitu pada 25 September 2019 dalam tengah hari tu CK call aku untuk inform aku yang loan aku dah lulus. Ya Allah syukur sangat. Loan lulus atas nama aku sorang dengan interest 2.9% fixed rate 35 tahun. So dia set appointment untuk berjumpa pada hari sabtu berikutnya iaitu pada 28 September 2019 pukul 3.30 petang di Office nya CIMB Bandar Puteri Puchong. kebetulan pulak time tu ada kenduri anak kawan mak aku dekat Puchong Utama so memang cantik sangat la timing tu.

28 September 2019 pukul 3.30 petang tu elok je baru lepas hujan perut pun kenyang makan kenduri aku dah sampai bawah office CK. Then CK jemput kat bawah untuk naik ke office. Dia explain satu-satu pasal loan. Dengan husband , mak & adik aku angkut sekali yela baru balik kenduri kan. Aku bawa mak aku sebab mak aku ni terror sikit yela orang bidang account. So masa perbincangan untuk sign loan agreement tu ada la beberapa soalan dari mak aku. Then sampai ke last part pasal MLTT iaitu insurance rumah. Pasal MLTT ni aku dah study awal-awal lagi. So tak perlu soalan panjang-panjang. Aku decide untuk tambah je MLTT tu untuk kebaikan masa akan datang. Yang MLTT ni aku explain dari posting lain la sebab ni pun dah berjela aku tulis. Hehe. Alhamdulillah loan aku lulus 100% & termasuk legal fees sekali. So aku tak perlu keluarkan KWSP. Maybe nak keluar kan mungkin selepas 2 tahun. Boleh la buat tambah2 nak renovate rumah. InshaAllah. Settle je sign loan agreement aku terus whatsapp puan Noorul. Puan Noorul suruh tunggu lawyer call aku untuk sign SNP rumah. 

30 September 2019 hari Isnin pada pukul 2 petang macam tu aku dapat call dari pihak lawyer Majid & Chen. Yang call aku tu nama nya Puan Adila. Dia explain apa yang perlu aku buat & decide untuk berjumpa dengan aku pada 3 October 2019 pukul 2 petang. Timing pun cantik sebab pagi tu aku check up & terus aku ambil cuti sehari. 

3 October 2019 iaitu pada hari Khamis pukul 1.30 aku dah terpacak dekat dekat sales gallery Harmoni 1 tu untuk berjumpa Puan Adila. Dia datang dalam pukul 2.30 ptg macam tu. Satu jam juga la aku tunggu dia. Ok 2.30 ptg tu dia sampai-sampai dia terus buka semua file yang dia bawa. Tebal jugak lah semua file tu so dia explain satu-satu sampai la ke unit rumah aku & juga parking. Aku dapat parking tingkat 2 bersebelahan. Parking tu memang developer dah bagi setiap satu rumah ada 2 so macam aku ni ada satu je kereta tapi mana tahu rezeki baby akan datang beli kereta lagi satu ke kan. InshaAllah. Ok settle sign SNP seterusnya kena tunggu update dari pihak lawyer dan jugak developer. So next step nanti aku sambung. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Macam aku cakap. Ni semua rezeki Allah rezeki untuk baby jugak. Syukur. Ok Assalamualaikum



Comments

Popular Posts