Tokyo 2018 5th Honeymoon



Assalamualaikum.

Alhamdulillah kita baru 2 minggu balik dari Jepun. Actually ni trip kali ke 2 kita ke Jepun bersama Husband.
Tapi trip kali ni lagi awesome sebab kita bukan pergi Tokyo je, kita ke prefecture yang lain mcm Gunma, Niigata dan Yamanashi-guru. Sebenarnya dulu kita tak pernah terfikir pun nak ke Jepun ni tau. Sebab apa? sebab dulu kita tengok kawan kita pergi Jepun macam mahal dan tak mampu nak pegi (Dia guna travel agent satu kepala dalam RM 6000.00 mcm tu) memang tak la kan. Okay lepas tu ex-colleague kita pun pergi Jepun, dia pergi seorang diri sebab dia lelaki. Time tu dalam kepala otak kita fikir "beraninya dia ni, dah la kat sana bahasa pun lain apa semua" okay kita pun tanam dan terkubur sekejap la niat nak ke Jepun tu. Tapi tiba2 satu hari husband kita ajak pergi Ke Japan oleh kerana dia mendapat bonus dan ingin membawa wife nya berhoneymoon la konon-konon. Okay kita skip kan cerita untuk kali pertama ke Jepun sebab nanti kita cerita dekat entry lain. Entry kali ni nak update itinerary ke Jepun 2018 ni. hehehe.

8 February 2018 (Khamis)
Pukul 7.30 pagi bangun itu pun mengantuk sangat sebab malam tu tidur lambat settlekan urusan adik dan pergi ke klinik untuk ambil ubat. (actually tak sakit tapi prepare kot la ada apa2 kan) Kita pun siap2 la. Pagi tu sebenarnya kita risau juga sebab kita punya luggage dah melebihi 20kg tau. Total 23kg mcm tu. So malam tu kita ada purchased untuk upgrade lagi 5kg. Kita guna credit card tapi tak tahu kenapa problem nya so kita fikir tak pe lah tawakal untuk bayar dekat kaunter. haha. Then kita keluar rumah dalam pukul 9.00 pagi macam tu. Sampai dekat Putrajaya Central dalam pukul 10.15 pagi macam tu, kami parking dekat situ. Rate dalam RM 6.00 sehari. Lepas tu kita pun terus menuju ke KLIA2 menaiki monorail dari Putrajaya Central ke KLIA2 seorang dikena kan tambang iaitu RM 9.60 sehala. Time tu throwback la time kita pegi Jepun dengan husband buat kali pertama dulu, wah rindu. haha Okay sampai je KLIA2 kita terus check in tapi dugaan juga time tu sebab tak boleh nak check in rupanya payment untuk beg yang kita buat malam tadi tu tak settle so orang kaunter mintak kita settlekan dan datang balik untuk check in. Settle check in kita pun terus masuk ke dalam dan menikmati lunch dekat popeye's dengan husband kita dan kita terus ke gate P8 untuk penerbangan ke Haneda. Tunggu punya tunggu dah pukul 2.20 petang masa untuk masuk ke dalam perut kapal terbang. hehe. Yang bestnya kita pilih seat yang sama macam kita pergi dulu. seat 35a dan seat 35b iaitu hot seat. kita pergi time tu hari yang sama waktu yang sama tahun dan musim je lain hehe. Kita pilih hot seat tu sebab husband kita kaki panjang and kita sendiri pun nak keselesaan. So kalau nak selesa ikut la cara masing2 kan. Okay skip cerita dalam flight. So kita sampai di Haneda Airport (Tokyo Int Airport) dalam pukul 10.15 malam waktu tempatan (Jepun) waktu malaysia 9.15 malam. Sampai tu settle semua immigration dan collect bag terus ke arrival hall. Keluar je Arrival hall tu dah ada orang pegang papan tulis nama Mr Adnan Muhammad. Kita ambil airport transfer sebab kita tak nak tidur kat airport dah. Dulu kita tidur kat airport lepas tu pagi baru gerak ke rumah airbnb.serious penat and jadi buang masa sebab terpaksa tidur dulu baru boleh keluar jalan. Okay berbalik pada cerita tadi, Tokyoairporter tu hantar kami sampai station Ikebukuro sebab kita pilih hantar kat situ. Husband nak jalan malam tu dekat Ikebukuro. Rumah airbnb yang kita sewa tu dekat je dengan rumah lama kita dekat Olipo Coldier rumah Chisato san. So kita tak de lah tercari-cari or tercangak-bangak mencari rumah. Sampai je rumah terus check in and inform owner yang kita dah sampai rumah tu. Then settle kemas-kemas baju masuk ke dalam almari (macam nak duduk 8 tahun pulak padahal 8 hari je haha) kami pun tidur rehat.

9 February 2018 (Jumaat)
Hari Jumaat pagi tu kita bangun awal dalam pukul berapa tak ingat. settle mandi apa semua dalam pukul 8.30 tu kami keluar terus menuju ke Ikebukuro station (east gate) untuk membeli TOKYO WIDE PASS (TWP) dekat JR East office. Masa nak beli tu memang kami orang pertama sampai sebab office tu buka pukul 9.00 pagi. Macam yang dirancangkan oleh kita. Kita yang buat itinerary kali ni. Nanti kita masukkan iti tu dekat bawah. Semua persiapan kita buat dan husband kita cuma siap2 kan ongkos nya sahaja. hihi. Nak jalan kan kena la usaha survey ambil tahu semua benda apa yang ada apa yang perlu dibuat dan nak pergi mana. Pada hari Jumaat kami merancang untuk ke NIKKO iaitu wilayah Tochigi (Tochigi Prefecture). Jap kita nak cerita pasal TWP, okay TWP ni ada lah pass untuk 3 hari yang berturut-turut yang merangkumi beberapa kawasan atau pun wilayah. Kita juga boleh menaiki Limited Express, Shinkansen dan juga JR. Nanti kita akan masukkan gambar kawasan/wilayah yang kita boleh pergi. Okay berbalik pada Nikko tadi, pagi tu kami ke Nikko dari Ikebukuro dengan menaiki JR (Shonan-Shinjuku line) sampai ke Omiya. Dari Omiya kami menaiki Tohoku Shinkansen terus menuju ke Utsunomiya yang kita and husband booked untuk tempat duduk kami dan seterusnya dari Utsunomiya kamu menuju ke Nikko dengan menaiki JR Nikko line dan terus sampai ke Nikko. Subhanallah betapa cantiknya Nikko pada musim sejuk dan sesetengah kawasan dilitupi salji yang putih suci. Rasa bersyukur sebab Allah beri kan peluang untuk kita terokai dan lawati bumi ciptaan Allah ini. Kami bergambar di station Nikko seterusnya kami membeli Bus Pass untuk satu hari iaitu seorang di kenakan bayaran 500 yen. Kami berjalan di sekitar Nikko sehingga lewat petang. Dan seterusnya kami kembali ke Tokyo dengan menaiki train yang sama juga. Kita terus ke Odaiba iaitu di Divercity, untuk tengok gundam Unicorn tu bergerak dan berlampu kononnya pada waktu malam. Kita jalan kaki sikit dalam 400meter terus ke Statue of Liberty dan juga melihat rainbow bridge dari Statue of Liberty. Sangat cantik sebab ada lampu warna warni. Selepas ke Odaiba, husband kita ajak ke Akihabara untuk berjumpa dengan mr Daniel iaitu kawan lama kami yang membuka kedai kebab di Akihabara berhampiran dengan Yodobashi-Akiba. Selepas kenyang kami pun pulang ke Ikebukuro dan berjalan disekitar Ikebukuro sampai lah pulang ke rumah kami untuk berehat dan tidur.

10 February 2018 (Sabtu)
Pagi-pagi lagi kami perlu menuju ke Shinjuku station untuk menaiki Shinkansen dari sana. iaitu pada pukul 8.02 pagi . Kami menaiki Train Limited Express Azusa menuju ke Otsuki station. Dari Otsuki station kami menaiki Fujikyu Railways menuju ke Kawaguchiko station. Pemandangan kiri kanan indah sama seperti Nikko tapi indah lagi Nikko sebab masa kami pergi Jumaat tu memang tak ramai orang. Semasa menuju ke Kawaguchiko pemandangan kiri kanan sangat cantik termasuklah gunung Fuji yang sungguh gah itu. Sampai sahaja di Kawaguchiko station kami membeli pass 2 day pass bus pass. Sebenarnya kami ke sana hanya lah sehari sahaja. Bus pass itu ada 2 pilihan mengikut warna line iaitu (2day pass green/red line 1200yen /2day pass green/red/blue line 1500yen) husband kita pilih 3 line tu sebab cadangnya nak ke kawasan yang blue line sekali jikalau sempat. Lokasi pertama kami iaitu lake Saiko No Iyashi No Sato Nenba. Kita ke sana dulu sebab nak tengok view mount Fuji dari situ dan juga teringin untuk makan Ikan bakar di situ yang dinamakan ikan Ayu. Alhamdulillah dapat merasa ikan Ayu, Apple fuji dan juga Sweet potato yang sgt jauh sedap dari yang kita makan sebelum ni. Ya Allah bersyukur sangat dengan rahmat untuk merasai ini semua. Selepas itu kami ke Kawaguchiko dan nanti kita akan post gambar maps kawaguchiko. Kami tak habis pusing sebab tasik kawaguchiko ini sangat besar ye apatah lagi kami nak habis kan 3 tasik (line) dalam masa sehari. Mungkin akan datang kami akan menginap disini untuk 1 malam. Setelah penat berjalan mesti la terasa lapar kan. Kita pulak jenis kalau jalan tak suka bawa makanan heavy2 ni sebab berat kan beg. So kita singgah la dekat Aladdin Indo Restaurant. Seperti di jangka makanan yang arab/pakistan agak mahal. untuk kami berdua memilih Nasi Briyani ayam lebih kurang 3ribu yen ++. Setelah makan kami menuju ke Music Forest, Music Forest terletak di tepi tasik dan memang sangat cantik dan terasa macam ada dalam cerita fantasy. Dekat situ juga ada satu Muzium Kucing tapi malangnya muzium tersebut baru sahaja tutup. Tapi kita dapat juga terserempak dengan 2 ekor kucing yang macam Tom. hehe Bestnya kalau dapat pegang. Kami jalan di kawaguchiko tu sampai malam juga. Malam tu kami pulang ke Ikebukuro. Kami berjalan di sekitar Ikebukuro lagi sebab Ikebukuro ni sangat luas. Station nya sahaja ada West, East, Nort dan South gate. Setelah puas berjalan kami pulang ke rumah untuk berehat.

11 February 2018 (Ahad)
Selamat pagi! Hari ahad yang indah tapi terbangun lambat oleh kerana kepenatan tapi tak lambat mana cuma lambat sikit dari sebelum ni. Pagi tu bangun je husband siap kan sarapan pagi buat kami berdua. Husband kita memang macam mak mak sikit. hihi. Selepas itu kami ke Ikebukuro station dan menuju ke Shinjuku. Kami menaiki Shinkansen Max Tanigawa di track  no 18 terus menuju ke Gala Yuzawa pada pukul 11.22 pagi. Sampai di Gala Yuzawa kami terus ke kaunter untuk membeli ticket sebelum itu kami dikehendaki mengisi borang untuk membeli ticket bagi memudahkan kaunter ticket untuk proses pembelian ticket. Yang mana datang ke Gala menggunakan TWP akan dapat discount untuk sewa boot (boot tu brand Solomon),sled dan juga menaiki gondola iaitu berharga 2500yen seorang dan untuk locker pula diasingkan lelaki perempuan tetapi kami memilih satu locker kerana locker dibahagian lelaki sudah penuh. Untuk locker dikena kan cas sebanyak 1000yen dan juga pihak Gala Yuzawa tidak menyewakan glove atas faktor kesihatan dan kami membeli Glove salji iaitu berharga 1000yen untuk seorang. Di Gala Yuzawa tidak ada makanan halal dijual. Kami bermain salji sampai pukul 4.45 petang dan menaiki gondola untuk turun ke bawah sampai di bawah kami bersiap2 untuk pulang. Semasa kami memulangkan semua barang yang kami sewa ada satu staff Jepun ni panggil dan beritahu kami jangan pulang lagi sebab pukul 6.30 petang nanti ada pertunjukkan bunga api. Okay dekat jepun pada musim winter pukul 5 dah gelap macam malam. Selepas pertunjukkan bunga api tu, kami pulang ke Tokyo dan kami terus menuju ke kedai kebab kawan kami di Akihabara. Selepas makan kami pun pulang ke Ikebukuro.

12 February 2018 (Isnin)
Kami berdua bangun awal pada hari tersebut untuk ke Tsukiji market. Kami ke sana untuk berjumpa dengan Kucho iaitu kucing yang kami temui pada 2016 malangnya Kucho tiada. Dan kami berjalan sekitar Tsukiji dengan mencuba street food di Outer Market. Berkemungkinan Tsukiji akan dipindahkan pada hujung tahun 2018 ini pada lokasi yang baru. Selepas ke Tsukiji kami pulang ke Ikebukuro untuk berjumpa dengan teman kami iaitu Hideo-san dan setelah itu kami terus menuju ke Tokyo Dome untuk bermain di theme park Tokyo Dome. So far theme parknya bagi kita biasa sahaja. Mungkin bukan minat kita sebab mainan nya ada yang terlalu extreme dan juga untuk kanak-kanak. Selepas itu kami terus ke Harajuku untuk berjalan di sekitar Harajuku juga kami ke Luke Lobster. Selepas ke Harajuku kami ke Akihabara juga untuk makan malam di situ. Dan selepas makan malam kami pun pulang untuk berehat.

13 February 2018 (Selasa)
Hari yang ditunggu untuk menjadi kanak-kanak riang iaitu kami ke Disneysea. Disneysea ini adalah taman tema yang cuma ada satu dalam dunia. Tidak ada di Europe ya hanya di Jepun sahaja. Okay kami decide masuk sebab tahun 2016 kami dah masuk Disneyland. Cuaca Disneysea sangat windy pada hari tersebut dan juga penuh manusia sehinggakan ada yang menunggu untuk ride mengambil masa 2 jam. Kami sempat mencuba beberapa permainan kerana cuaca sangat windy dan juga tidak larat untuk menunggu. Waktu tu terlalu sejuk sampaikan terasa jari-jemari beku. Okay selepas bermain di Disneysea kami terus ke Yurakucho Bic untuk mengintai jam yang hendak dibeli oleh kerana di Yurakucho punya Bic Camera punya harga lebih murah berbanding yang lain (bagi kita la) Setelah itu kami pun pulang ke Ikebukuro kerana kepenatan dan kami berjalan di sekitar Ikebukuro.

14 February 2018 (Rabu)
Tiba lah masa untuk kami bershopping. Kami memulakan perjalanan kami ke Akihabara dahulu untuk mendapatkan Jam 35th Anniversary. Alhamdulillah dapat juga beli. yeay! dan kami juga membeli beberapa pasang kasut di ABC MART Yodobashi Akiba. Selepas itu kami ke Ueno, kami shopping Ameyokocho. Disitu semua murah dan boleh dikatakan memang syurga shopping lah. hehe Kami shopping Kasut dan beg Anello. Timberland dan Doc mart disitu semua cantik-cantik sampai rambang mata. Selepas itu kami ke Yurakucho balik untuk membeli jam Baby-G. Ternyata di Yurakucho sangat murah berbanding yang lain. dan Selepas ke Ueno kami ada ke beberapa tempat lagi dan kita tak beberapa ingat kerana terlalu rushing pada hari tersebut. Ye lah shopping dalam masa 1 hari kan.

15 February 2018 (Rabu)
Hari untuk pulang ke Malaysia. Rindu nak balik sebab rindu Meow kita. Okay pagi tu kami siap-siap untuk check out dan Kami sempat ke kedai 100 yen juga kami sempat lunch di Restaurant Marhaba. Disitu Briyaninya sangat sedap dan juga murah. Selepas itu kami terus ke Ueno untuk sambung shopping sebelum kami menuju ke Haneda Airport. Sempat lah kami makan lagi sekali sebelum pulang dan juga shopping sikit. Dan kami terus menuju ke Haneda airport pada pukul 5.00 petang. Sebelum itu kami sempat singgah juga di Tokyo Tower. hehe Last lokasi kami. Dan kami pun ke Haneda Airport untuk pulang ke Malaysia. Sayonara Tokyo. Kita akan bertemu pada tahun 2021 iaitu February. Insya-Allah.


Dibawah ini dinyatakan bajet keseluruhan untuk ke Tokyo

Nota penting: Semua bajet ini dikumpul kami dalam masa beberapa bulan iaitu dari bulan Jun 2017 sehingga January 2018 (7 bulan)

Flight ticket dibeli pada March 2017


100 Yen + RM 36.20

Bajet ke Tokyo untuk dua orang (Husband & Wife)

Flight ticket : RM 2751.00 (Lugagge pergi 25kg/balik 30kg) /hot seat pergi balik+meal+insurance)

Airbnb: RM 2260.00 (8 days / 7 night)

Insurance: RM 72.00 2 pax

Makanan dari MAS: RM 100.00

Simkad HELLO1010: RM 80.00

Vaksin: RM 128.00 2 pax

Winter wear: RM 500.00

Disneysea ticket : RM 570 2 pax (Beli dekat JTB Shah Alam)

Parking putrajaya : RM 54.00 (9 days)

ERL monorail: RM 37.60 (2 pax 2 hala)

Lunch di Airport : RM 35.00 Popeye's

Wang perbelanjaan di Tokyo:- 190 000 yen = RM 7000.00 (yang telah dibelanjakan dan sesetengah kos masih dalam pengiraan)

Airport transfer : 4000 yen 2 pax / RM 144.80

 Tokyo Wide Pass : 20 000 Yen ( 2 pax RM 724.00)

Nikko sightseeing bus: 1000 yen 2 pax 1 day pass

Train from Ueno to Odaiba : 980 yen 2 pax

Kawaguchiko Sightseeing bus: 3000 yen 2 pax

Aladdin restaurant : 3200 yen 2 pax (Briyani)

Gala Yuzawa : 5000 yen (gondola+slide) 1000 yen (locker) 2000 (glove) 2 pax

Metro subway : 3000 yen (3days) 1600 yen (1days) 2 pax

Lunch at Marhaba : 3200 yen 2 pax (2days)

Shopping at Groceries : 10 000 yen (random things/vending machine/cig/bread)

Secret things: 2500 yen 

Souvenir t-shirt: 1900 yen

Souvenir Biscuit: 1520 yen 

Street food @Nikko: 1000 yen

Street food @Kawaguchiko: 2000 yen

Gala yuzawa potato: 1000 yen

Street food kebab: 2800 yen

Takoyaki: 1800 yen

Salmon: 500 yen

Street food Tsukiji: 2300 yen (Tamago/Tuna/Tempura)

Disneysea: 2000 yen

Shopping kasut/jam: 45000++ yen

Selebihnya masih dalam pengiraan. Bajet kami tidak sesuai untuk backpakers.





































Comments

Popular Posts